Pages

Trainer

YM. Dato' Prof. Dr. Raja Malik Raja Mohamed
YM. Dato' Prof. Dr. Raja Malik Raja Mohamed adalah nama yang tidak asing lagi disektor awam dan juga swasta, beliau berpengalaman lebih dari 30 tahun didalam bidang pengurusan dan teknologi maklumat khususnya di sektor awam. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan tinggi dikedua-dua sektor ini dan diantaranya adalah:
  • Timbalan Pengarah MAMPU (Government CIO)
  • Timbalan Pengarah INTAN
  • Presiden kepada 'South-East Asia Regional Computer Confederation (SEARCC)
  • Ketua Pusat Pengurusan Teknologi INTAN (IMATEC)
  • Presiden kepada Malaysian National Computer Confederation (MNCC)
Sehingga ke hari ini YM. Dato' Prof. Dr. Raja Malik masih bergiat aktif sebagai perunding di syarikat Dreamsoft (M) Sdn Bhd khususnya didalam pembangunan usahawan 'teknopreneur' dan juga perunding didalam bidang strategik seperti 'Change Management', 'ICT Strategic Planning', 'Governance' dan 'Knowledge Management'.

Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
egat Zainurul Anuar bin Megat Johari adalah 'consultant' kepada syarikat Dreamsoft (M) Sdn Bhd, beliau mempunyi 15 tahun pengalaman didalam bidang bimbingan dan latihan khususnya didalam bidang strategik dan pembangunan insan. Beliau juga adalah perunding teknikal 'pembangunan e-learning dan e-content' kepada United Nation (UNU-IIGH), Asia e University Sdn Bhd (School of Information Technology) dan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Antara bidang pengkhususan kemahiran beliau adalah Pengurusan Projek, Pengurusan Pengetahuan, Pengurusan Perubahan Organisasi dan Strategi Media Sosial. Megat merupakan antara kumpulan pertama yang membangunkan e-content di Malaysia melalui inisiatif Virtual University, projek 'Smart School' dan projek 'Courseware Development' University Tun Abdul Razak.

Didalam bidang latihan, Megat telah melatih lebih dari 5,000 orang kakitangan awam dan swasta didalam pelbagai bidang terutamanya melalui program 'Train the Trainer' di Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) dan juga dipelbagai universiti di Malaysia. Megat juga adalah diantara 12 orang 'coach' yang dilantik khas bagi program pembangunan usahawan inkubator di Teknologi Park Malaysia Sdn Bhd. Beliau juga banyak melibatkan diri didalam melatih peserta diperingkat antarabangsa melalui program 'Malaysia Technical Cooperation Program' (MTCP) dan Asia Open Source Software-Train the Master Trainer' melalui kerjasa Malaysia National Computer Confideration-Malaysia dan ' Center of the International Cooperation for Computerization-Japan'.

Akmal Zaman bin Abu
Akmal Zaman bin Abu adalah 'consultant' kepada syarikat Dreamsoft (M) Sdn Bhd. Akmal mempunyai pengalaman yang luas didalam industri perbankan dan insuran, beliau pernah dinobatkan sebagai 10 yang terbaik dan menganggotai kumpulan MDRT (Million Dollar Round Table Club). Akmal adalah 'Trainer' terlatih dari PSMB dan juga 'certified' coach untuk program MBTI. Akmal juga telah melibatkan diri secara langsung didalam industri pembangunan multimedia di Malaysia terutamanya didalam pembangunan industri anamisi di LesCopaque Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan 'Upin dan Ipin'. Sebagai seorang 'coach' di Teknologi Park Malaysia', Akmal bukan sahaja betanggungjawab membangunkan usahawan tetapi beliau juga melibatkan diri secara langsung sebagai usahawan dan memiliki tiga buah syarikat miliknya sendiri.

1 comment: